Friday, 9 March 2012

~ Dimana kamu ?? ~




istimewa Buatmu zaujunku …
(mujahid di hati mujahidah)

Wahai zaujunku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang berdakwah, Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.
Namun sabarlah,
setiap yang kau lakukan indah di sisi Allah..


zaujunku,
Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang lelaki lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan lelaki akan ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.
Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.


Zaujunku,
aku kini sedang persiapkan diriku dgn ketabahan hati .
untuk menjadi sayap kirimu yang kuat
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
akan aku isi mana-mana kekurangn dalam diriku
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah


Zaujunku,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padamu,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.


Zaujunku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zaujun yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti,
Bukan paras rupa semata-mata.
Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.


Zaujunku,
Insyaallah…
Walaupun aku selalu alpa dalam arus duniawi…
Aku janji kepadamu zaujun hatiku ..
Akanku didik diriku sebaik mungkin..
Menjadi zaujah terbaik buatmu..
Itu janjiku padamu


"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"


dr nurul faizah,ump


Aku akan menunggu Mu..dan sentiasa mendoakan Mu






~Ya Allah, andai ini takdirnya..damaikan hatiku..runtuhkan lah benteng kesetiaan yg kubina teguh dgn doa2 ku~





         












teima kasih ^_*

No comments: